Pages

Social Icons

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA DAN GURU TAHUN ENAM


 Majlis perjumpaan ibubapa dan guru tahun enam telah berlangsung pada 3 Februari 2016 di makmal komputer sekolah.

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PENGAWAS RMT 2016



Majlis ini telah diadakan pada 31 Januari 2016
Hari ini merupakan hari pertama pelajar memulakan peperiksaan UPSR. Seramai 33 orang pelajar mengambil peperiksaan pada tahun ini. Sebanyak 3 subjek telah dimulakan pada hari ini iaitu Bahasa Malaysia Pemahaman dan Penulisan serta Matematik Kertas 2. Para Guru  serta staf mendoakan  agar semua pelajar dapat menjawab dengan tenang dan berhati-hati.


Kem Kuarantin



Jawatankuasa UPSR telah berjaya mengadakan Kem Kuarantin UPSR yang telah berlangsung dari 19 hingga 21 Ogos 2015 (Rabu hingga Jumaat) di Angullia Resort, Marang. Program disertai
seramai 32 orang murid terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan.Seramai 8 orang guru yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut.
Tujuan kem ini diadakan adalah untuk mewujudkan kelainan kepada pelajar dan memberi inspirasi baru tentang cara pembelajaran di luar kelas. Program ini telah menaikkan semangat murid untuk terus belajar.Pihak jawatankuasa UPSR mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.