Pages

Social Icons

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55

Bertarikh 17 Julai 2012, sekolah kami telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi edisi ke-55.

Objektif program ini adalah bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan SKKA

Pada 10 Julai yang lalu, SKKA telah mengadakan sebuah program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Program ini mendapat sambutan semua warga sekolah, dan masing-masing kelihatan sungguh bersemangat ketika sesi senamrobik dijalankan. Mari sama-sama kita tengok gambar-gambar sekitar program dijalankan :)

Kuiz Matematik anjuran IPGKDRI

Pada 8 Julai yang lalu (Ahad), SKKA telah menghantar 4 orang wakil murid daripada Tahun 6 Naim ke Kuiz Matematik anjuran IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Mereka yang terpilih adalah Siti Faizun Aida, Nur Zahirah, Nur Afifa Wahida dan Nurul Nazifah.

Sebanyak 17 buah sekolah di sekitar kawasan Kuala Terengganu telah bertanding di dalam kuiz tersebut.  Dukacitanya dimaklumkan, sekolah kita terkandas pada pusingan pertama. Namun, markah yang diperolehi agak membanggakan iaitu 100 markah daripada 120 markah. 5 buah sekolah yang layak ke pusingan akhir adalah SK Tok Jiring, SK Maras, SK Mengabang Telipot, SK Bukit Wan dan SK Pagar Besi.

Ceramah Israk Mikraj Dan Majlis Persaraan Tuan Haji Sulong B. Mat Ali



Pada 28 Jun 2012 yang lalu, SKKA telah menganjurkan sebuah program ceramah sempena Israk Mikraj yang jatuh pada tarikh 17 Jun 2012. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Pauzi Bin Mat Zin selaku penceramah jemputan dan juga Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka.