Pages

Social Icons

Kem Kuarantin



Jawatankuasa UPSR telah berjaya mengadakan Kem Kuarantin UPSR yang telah berlangsung dari 19 hingga 21 Ogos 2015 (Rabu hingga Jumaat) di Angullia Resort, Marang. Program disertai
seramai 32 orang murid terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan.Seramai 8 orang guru yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut.
Tujuan kem ini diadakan adalah untuk mewujudkan kelainan kepada pelajar dan memberi inspirasi baru tentang cara pembelajaran di luar kelas. Program ini telah menaikkan semangat murid untuk terus belajar.Pihak jawatankuasa UPSR mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.