Pages

Social Icons

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55

Bertarikh 17 Julai 2012, sekolah kami telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi edisi ke-55.

Objektif program ini adalah bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Ustaz Awang Harun dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu patriotik seperti Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos.

Majlis disusuli pula dengan ucapan pelancaran daripada Guru Besar SKKA, En. Che Yaacob b. Che Kar. Melengkapkan lagi majlis, 4 orang guru telah dipilih untuk mendeklamasikan beberapa buah sajak bertemakan kemerdekaan sebagai peniup semangat kepada murid-murid SKKA. Selain itu, En. Haron telah dijemput untuk tampil memberi sedikit ucapan barkaitan kemerdekaan kepada semua warga sekolah.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil ketika program berlangsung :)