Pages

Social Icons

Kuiz Matematik anjuran IPGKDRI

Pada 8 Julai yang lalu (Ahad), SKKA telah menghantar 4 orang wakil murid daripada Tahun 6 Naim ke Kuiz Matematik anjuran IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Mereka yang terpilih adalah Siti Faizun Aida, Nur Zahirah, Nur Afifa Wahida dan Nurul Nazifah.

Sebanyak 17 buah sekolah di sekitar kawasan Kuala Terengganu telah bertanding di dalam kuiz tersebut.  Dukacitanya dimaklumkan, sekolah kita terkandas pada pusingan pertama. Namun, markah yang diperolehi agak membanggakan iaitu 100 markah daripada 120 markah. 5 buah sekolah yang layak ke pusingan akhir adalah SK Tok Jiring, SK Maras, SK Mengabang Telipot, SK Bukit Wan dan SK Pagar Besi.

Pusingan akhir berlangsung dengan sengit sekali, yang mana beza markah bagi setiap sekolah adalah antara 1-2 markah sahaja. Adat pertandingan, mesti ada pemenang dan yang kecundang. Akhirnya, juara bagi Kuiz Matematik menjadi milik SK Tok Jiring. Tahniah diucapkan kepada SK Tok Jiring daripada warga SK Kebor Ayer :).

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang kuiz berlangsung.


Pusingan pertama

Pusingan pertama

Pusingan pertama

Pusingan akhir

Pusingan akhir

Waktu rehat

Gambar bersama guru pengiring